Tuesday, September 27, 2011

apa yang kita buat??

assalamualaikum..

apa yang kita buat?
kita buat tak tau je dengan keadaan sekeliling
kita anggap benda tu tak penting
jadi kita tak ambil pusing

apa yang kita buat?
kita tak tau pun benda tu ada kena-mengena dengan kita
kita tak rasa nak fikirkan nya
kita rasa buang masa

apa yang kita buat?
kita suruh orang lain yang tengokkan
kita tak bagi pertolongan
kita cuma bagi andaian

apa yang kita buat?

till then,salam
trustloveandhope.. :)

aktiviti wajib student

assalamualaikum..

antry kali ni nak cerita aktiviti wajib bagi bdk2 universiti lagi2 yg stay kat hostel...malam2 belajar bagai nak rak and bila sampai satu tahap perut akan bunyi kn alarm clock nk bgtau kat tuan dia yg dia tgh lapar..then pe lg..supper yg enak harus d segerakan..same goes dgn aku yg telah d sertai dgn 2 roomates and 2 floormates....so jom tgk apa yg ktrg buat

segala buku2 kertas2 utk study letak tepi dulu...





air wajib,famous lagi popular dlm kalangan student..milo 3 in 1


dan ini dia menu special yg jarang sgt student kt hostel nk buat mlm2...roti bakar...
(roti by me,toaster+margerine+sugar by farah)



tarra!! presenting roti bakar for the night


after preparing the toasted bread we sat in a circle on the blue carpet,recite the doa and eat..:)


nice,simple and sgt2 sinonim dgn student...

tillthen,salam
trustloveandhope..



Monday, September 26, 2011

of ice cream and a day with shahirah

assalamualaiukm..

date:25/9/2011
venue:teratak murni 2
kaki tangan:2 orang
aktiviti:melahap aiskrim
terima kasih:PENGKALAN IMAN (supplier aiskrim)

demikian lah job description utk aktiviti kami dua org yg sepatutnya d jadualkan seramai 5 kaki tangan tapi 3 kaki tangan lain x dpt join...motif aktiviti kali ni sbb nk lepaskn pressure 3 direct paper final start jmaat smpai ahad lps...mmg layan habis mkn aiskrim tapi x best sbb aiskrim tu cpt sgt cair walaupun sbnrnya ktrg ni xde la duk kat gurun sahara ke apa kn? and since aktiviti ni dh d plan awal2 so x kn nk batal je kn? hee... so lets take a look apa yg kami dh buat dgn aiskrim tu...







3 bekas aiskrim mnjadi 1... :)


d sbb kan cuaca n peti ais x berapa sejuk,baru ltak dh cair...

before kami melantak..

bismillah....

amin...after melantak...mission accomplished...

next morning,CS arah tuju kami....and x bnyk d buat kt sna kecuali pusing2 cuci mata dgn melihat kedai2 yg sbnrnya mcm magnet sbnrnya tarik duit ktrg...huu...

sangat suka lah tu makan d mcd.. :)

breaklunch at mcd...request dari shahirah yg dh lama x mkn mcd





shopping until my pocket burn!! aha!! agak terkujat jgk tgk duit yg baru je d kluar kn tetiba jd sikit..(kau yg beli bnyk barang ain!!!)



relek2..bkn kejadian rompakan ye...sbnrnya ni keje pelupusan beg duit yg dh  senior ni ha..
teruk sgt beg duit ni... :(



tarra.....!!! new beg duit... :)

 dan begitu lah cerita cik ain n cik shahirah yg menghabiskn masa bersama...thanks shahirah sbb mengota kan jnji beliau utk makan aiskrim tersebut ye,hehe next plan,PENANG!! yuhooo n time otw balik teratak murni,tetiba ada org panggil AYON!! dari jauh kanak2 riang berlari2 rupanya kak zaton n kak xeron yg tgh meeting dgn junior baru rupanya...alhamdulillah jmpa gak akak2 kesygn aku ni ha...dari hari ke hari x smpat nk bertntang mata dgn diorg ni...borak2 x ingt n lastly tangkap gamba la :)


from left:kak yano with contact lens,kak zaton with braces,me with oily face,
kak xeron with new handphone,n kak farah with new laptop.. :)

what a great day...
till then,salam
trustloveandhope ...:)




Tuesday, September 20, 2011

the very official war

assalamualaikum...

here we go
final exam that we waiting for
stay up till late night
wake up in the morning for 'breaklunch'
no more classes
no more assignment
no more quizes and tests
but still
those books
those notes
those slides
must be read
till the eyes burn
till the clock ticks at 3am
till u r tired enough to look at it
then pray
for your result to shines like stars at night
but then,are u prepare enough to be at the war?

till then,salam,
trustloveandhope

Monday, September 19, 2011

suu kyi tidak ada masa untuk berfacebook

assalamualaikum..







YANGON: Ikon demokrasi Aung San Suu Kyi yang telah menjadi tawanan dalam rumahnya sendiri tanpa talian telefon dan internet berkata, sejak dibebaskan, dia tidak ada masa untuk menggunakan Facebook dan Twitter.
Kata pemenang Nobel Keamanan itu, penggunaan Twitter dan FB akan mengambil banyak masanya. “Saya akui, masa saya banyak dihabiskan untuk menyiapkan semua kerja yang tertangguh sejak tujuh tahun lalu,” katanya dalam satu temubual di pejabat partinya di Yangon.

Ketika dibebaskan November lalu, Suu Kyi menyatakan hasratnya untuk menggunakan laman media sosial. Bagaimanapun, untuk masa ini, dia terpaksa bergantung kepada laman sesawang yang dibina oleh penyokongnya di luar negara.

Talian internet di Myanmar sangat lembab dan beberapa pembangkang telah ditahan kerana menggunakan internet untuk mengkritik pemerintah. Penunjuk perasaan anti kerajaan menggunakan jaringan laman sosial ketika revolusi pro demokrasi di Tunisia dan Mesir

Ketika kebangkitan sami di Myanmar pada 2007, rakyat menggunakan laman sesawang untuk memuat naik berita dan gambar kepada dunia luar dan menyebabkan rejim pemerintah menyekat talian internet.

Suu Kyi berkata, pemberontakan cara Arab bukanlah penyelesaian kepada masalah di Myanmar. Sebaliknya, dia menerima baik tanda peralihan politik dibawah pemerintahan yang baru.

Partinya memenangi pilihanraya 1990, tetapi tidak dibenarkan memerintah. Mereka telah memboikot pilihanraya yang diadakan tahun lepas, pertama kali dalam dua dekad.
Hasilnya partinya telah dikeluarkan daripada senarai parti politik oleh rejim pemerintah.

http://www.info-gallery.org/2011/09/suu-kyi-tidak-ada-masa-untuk.html

till then,salam
trustloveandhope

Thursday, September 15, 2011

assalamualaikum...


Kes Aminulrasyid : Koperal Jenain dipenjara lima tahun


Koperal Jenain Subi yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Latifah Mohd Tahar.
Jenain didapati bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan didenda.
Hakim membuat keputusan berkenaan setelah berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian Aminulrasyid merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang sub-mesingan.
Menurut kenyataan anggota polis yang turut bertugas semasa kejadian itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.
Jenain didakwa melakukan kesalahan berkenaan di antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

ok,mungkin aku je yang baru baca pasal keputusan kes ni,tapi tak terasa lambat la kan utk tau benda ni since isu ni memang berat dan sangat mengejutkan ramai pihak,but then keputusan dah pun di buat....semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...DARINYA KITA DATANG,DAN KEPADANYA JUGA KITA KEMBALI....AL-FATIHAH
tillthen..salam 
trustloveandhope

mansuh

assalamualaikum..





16 september hari malaysia,
polisi baru telah dibuat,
harap2 dapat berjaya,
supaya malaysia tinggi daulat.

anak malaysia lambang jati negara,
semua kaum teguh bersatu,
sakit perit tetap bersama,
itulah yang dikatakn sekutu bertambah mutu..

till then,salam
trustloveandhope




make sense kan?

assalamualaikum

bila hebatnya sesuatu tu,baru nak sanjung....
bila megahnya sesuatu tu,baru nak sayang....
bila menangnya sesuatu tu,baru nak jaga....


tapi bila dah tak hebat,mula la lupa....
tapi bila dah tak megah,mula la benci....
tapi bila dah kalah,mula la abaikan..




make sense kan?


till then,salam
trustloveandhope