Thursday, September 15, 2011

assalamualaikum...


Kes Aminulrasyid : Koperal Jenain dipenjara lima tahun


Koperal Jenain Subi yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Latifah Mohd Tahar.
Jenain didapati bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan didenda.
Hakim membuat keputusan berkenaan setelah berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian Aminulrasyid merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang sub-mesingan.
Menurut kenyataan anggota polis yang turut bertugas semasa kejadian itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.
Jenain didakwa melakukan kesalahan berkenaan di antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

ok,mungkin aku je yang baru baca pasal keputusan kes ni,tapi tak terasa lambat la kan utk tau benda ni since isu ni memang berat dan sangat mengejutkan ramai pihak,but then keputusan dah pun di buat....semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...DARINYA KITA DATANG,DAN KEPADANYA JUGA KITA KEMBALI....AL-FATIHAH
tillthen..salam 
trustloveandhope

No comments:

Post a Comment